Wednesday, September 26, 2012

ULASAN JURNAL


ULASAN  JURNAL
Oleh   Ariputhiran A/L Narayanan
            Jurnal yang bertajuk “Local” musics in Canadian and United States music education:Current curricular limitations and future possibilities,  ditulis oleh  Profesor Madya J.Scott Goble. Beliau ialah seorang profesor pendidikan muzik di Universiti British Columbia, Vancouver, Canada. Jurnal ini membincangkan   muzik ‘Tempatan’ dalam pendidikan muzik dan pembatasan kurikulum muzik semasa serta  pilihan  masa depan di  Kanada dan Amerika Syarikat.
            Menurut J.Scott Goble,  masyarakat yang hidup dalam era perkembangan industri kini berpeluang  mendengar dan menghayati muzik sebagai hiburan melalui media massa kini. Manakala bagi masyarakat ‘tempatan’di Kanada dan Amerika Syarikat, bentuk muzik tertentu merupakan budaya dan satu kemestian dalam kehidupan mereka.  Polisi pendidikan muzik di Amerika Syarikat (1994) dan British Columbia, Kanada (1997) telah memberi peluang  untuk belajar tentang amalan muzik masyarakat tempatan atau masyarakat asli di negara-negara tersebut.Pengubahsuaian kurikulum pendidikan muzik di negara tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya mengembangkan skop pengetahun dan memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia.
            Isu  tersebut sangat sesuai dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Dimana,  dari dulu lagi pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal barat. Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dinggap tidak penting oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri.
Tetapi kedaan ini tidaklah berterusan kerana golongan pendidik telah sedar tentang kepentingan warisan muzik tempatan di negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya  (multicultural). Kesedaran ini telah mengorak langkah untuk mengubahsuai kurikulum pendidikan muzik negara kita, dengan memberi  kepentingan kepada Muzik Tradisional dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah  menengah. Iaitu,



            Sukatan pendidikan muzik sekolah menengah (2003) menyatakan, “2.3 PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL, ( 7 ) Pilihan sekolah seperti Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan”.
            Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan , sejauhmanakah matlamat kurikulum tersebut tercapai?  Masih terdapat rakyat di negara kita yang belum mengenal dan faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Terdapat kekangan-kekangan tertentu untuk melaksanakan kehendak kurikulum yang tersebut di atas. Terutamanya, guru-guru muzik di sekolah tidak cukup dengan bahan-bahan rujukan dan kurang berpengetahuan dan kemahiran dalam mengajar alat-alat muzik tradisional selain daripada gamelan, caklempong dan kompang.
Pengubahsuaian sukatan tersebut hanya terhad untuk sekolah menengah sahaja. Ia patut bermula dari sekolah rendah supaya generasi akan datang dapat  mengembangkan skop pengetahun dan memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia. Ini kerana muzik merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya.
Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia. Lebih-lebih lagi kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita.

            Dengan menyedari hakikat ini, kini banyak kajian, literatur, projek dan usaha dibuat untuk mengisi kekosongan yang telah wujud dalam pendidikan muzik di negara kita. Fakulti Muzik dan Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah  mengorak langkah untuk merealisasikan objektif kurikulum tersebut. Universiti-universiti tempatan lain harus mencontohi UPSI.
           


Tuesday, September 25, 2012

Cabaran dan isu pendidik muzik Orkestra


 Cabaran dan isu pendidik muzik Orkestra

 Pendidik muzik baru harus mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang semua aspek sejarah muzik, teori dan analisis, komposisi, teknik-teknik latihan dan perkembangan kurikulum muzik semasa. Kesemua aspek tersebut sangat penting untuk seorang pendidik muzik menjadi sempurna dan berkebolehan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik instrumental di sekolah.
            Kekurangan aspek-aspek tersebut dalam kalangan pendidik muzik menyebabkan pengajaran dan pembelajaran muzik tidak  berjaya dan tidak tercapai dalam kelas. Malah, kekurangan tersebut menyebabkan guru muzik tidak lengkap dan tidak menepati keperluan muzikal yang dikehendaki.
            Pengetahuan aspek sejarah muzikal penting dalam menjadikan seorang pendidik muzik menghayati sesuatu karya dari segi latarbelakang karya itu dicipta, stail muzik sezaman dan budaya muzik sesuatu zaman tersebut.
            Bentuk dan analisis muzik penting untuk mengetahui serta memahami ayat-ayat muzik seperti frasa, permulaan, kadens, pergerakan harmoni dalam sesuatu karya muzik. Ia juga penting dalam mempersembahkan karya tersebut mengikut ‘mood’ tertentu. Ini membantu untuk membentuk gambaran yang baik tentang karya tersebut.
             Secara langsung, pengetahuan ini memudahkan guru dalam pengajaran bermain alat muzik mengikut skor dengan memperdengarkan tonality, timbre dan personality sesuatu karya. Selain itu, guru muzik juga perlu mempelajari dan mengetahui aspek komposisi supaya mempermudahkan untuk senang bermain, Seterusnya, pengetahuan komposisi membantu guru menggubah sendiri dan membuat gubahan semula untuk keperluan pelajar.
            Tambahan pula, teknik-teknik latihan muzik merupakan satu kemestian untuk pendidik muzik. Tanpa teknik yang betul tidak akan keluar bunyi atau muzik yang dikehendaki. Oleh yang demikian, seorang pendidikan muzik mesti mempelajari kemahiran bermain alat muzik atau sekuarang-kurangnya tahu akan cara bermain dengan teknik yang betul untuk melatih pelajar-pelajarnya.
            Pendidikan atau kurikulum muaik berkembang dari masa ke semasa. Oleh itu, pendidik muzik patut mempelajari setiap perkembangan kurikulum muzik semasa. Dalam erti kata lain seseorang pendidik muzik perlu ‘up to date’ dengan pengetahuan kurikulum muzik dan perkembangan muzik semasa supaya tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Aspek ini boleh diperolehi dengan pembacaan yang luas supaya dapat mencapai objektif, tujuan dan kemahiran dalam pendidikan muzik.


            Pendidik muzik di sekolah kurang menyerlah dalam melatih ‘wind orchestra’ jika dibandingkan dengan jurulatih luar kerana beberapa faktor.
            Guru di sekolah terpaksa menurut keperluan sesebuah sekolah dengan mengajar matapelajaran lain selain daripada matapelajaran muzik. Muzik ialah subjek yang memerlukan penglibatan dan tumpuan secara berterusan daripada subjek-subjek lain. Oleh yang demikian, masa berjumpa dengan ahli-ahli orkestra adalah terhad. Lebih-lebih lagi guru dibebankan dengan kerja-kerja selain daripada opsyen atau major mereka. Contohnya guru opsyen atau major dalam muzik mengajar sejarah, geografi, bahasa Melayu dan sebagainya. Jurulatih luar pula tiada beban kerja lain atau mengajar matapelajaran lain seperti guru di sekolah. Mereka adalah guru muzik sepenuh masa. Manakala, guru-guru di sekolah mengajar muzik seolah-olah seperti kerja sampingan atau ‘part time’! Mereka berpeluang berjumpa dengan ahli-ahli orchestra lebih kerap atau lebih lama berbanding guru di sekolah.
            Pihak pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam situasi ini. Pentadbir sekolah lebih mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Oleh yang demikian, pemilihan ahli-ahli orkestra adalah terhad kepada pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat sahaja. Pelajar-pelajar lain yang berkebolehan bermain alat muzik di tingkatan tiga dan lima dilarang oleh sesetengah pentadbir kerana mereka dalam kelas peperiksaan. Faktor ini menyumbangkan kepada kualiti muzik dalam ensembel wind orkestra. 
            Sikap dan minat sesetengah guru pun mempengaruhi dalam pencapaian orkestra. Sikap tidak bersungguh-sungguh dalam aktiviti latihan menjadi faktor kelemahan sesebuah orkestra sekolah. Kebanyakan guru beranggapan bahawa sekadar mengambil bahagian dalam pertandingan sudah pun memadai kerana lebih mementingkan kehendak-kehendak persendirian. Manakala, jurulatih luar pula berutngkus lumus melatih pelajar kerana itulah mata pencarian mereka.

            Adakalanya guru-guru yang lebih minat dalam orkestra diketepikan atau kurang diberi galakan  oleh pihak pentadbir kerana beranggap jurulatih luar lebih berkaliber dan berkebolehan dalam melatih pelajar  orkestra. Kadang-kadang pihak pentadbir membuat keputusan yang tidak betul dalam pembahagian tugas ko-kurikulum. Guru-guru yang berminat dalam muzik tidak diberi tugas untuk menjaga kumpulan orkestra. Tugas tersebut diberi kepada seorang guru yang tidak berminat dan tidak mengambil peduli langsung tentang orkestra.
            Malah, ada segilintir guru muzik tidak dapat bekerjasama dengan jurulatih dan berkongsi kuasa. Mereka sanggup menyingkirkan jurulatih luar semata-mata henadak menunjuk-nunjuk kerana sudah memerolehi ijazah dalam muzik. Sikap sebegini tidak patut ada pada seorang guru yang inginkan pelajar-pelajar orkestra sekolah mendapat ilmu dengan jayanya.
            Kesimpulannya, jurulatih luar dapat melatih orkestra dengan sempurna kerana mereka menghabiskan  masa (contact time ) yang banyak dengan pelajar-pelajar dan masa kerja tidak diganggu oleh tugas-tugas dan subjek-subjek lain seperti guru-guru di sekolah.       

    Ariputhiran Narayanan            


MUZIK PELBAGAI BUDAYA DAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA
OLEH
ARIPUTHIRAN A/L NARAYANAN
Pengenalan
            Kaum India merupakan kaum yang ketiga terbesar di Malaysia. Literatur sedia ada mengenai Muzik India diletakkan di bawah ‘multicultural music and world music in the classroom’, Justeru itu, kertas  ini membincangkan topik muzik pelbagai budaya (multicultural music) dan muzik dunia (world music) dalam konteks senario pendidikan muzik di Malaysia.

Definisi Pelbagai budaya atau ‘multiculturalism’

            Menurut kamus, perkataan ‘multicultural’ membawa maksud memasukkan orang atau idea daripada  negara-negara yang berbeza, bangsa ataupun agama.
“including people or ideas from several different countries, races or religions” (LONGMAN Dictionary of Contemporary English, Pearson Education Limited, 2001:1192)
Manakala ‘multiculturalism’ membawa maksud, satu kepercayaan tentang kebaikan dan kepentingan memasukkan  orang atau idea daripada  negara-negara yang berbeza, bangsa ataupun agama. “ the belief that it is important and good to include people or ideas from many different countries, races or religions” (LONGMAN Dictionary of Contemporary English, Pearson Education Limited, 2001:1192)

Pelbagai budaya (multiculturalism) adalah satu sistem tentang kepercayaan dan kelakuan yang mengenal dan menghormati kewujudan pelbagai kumpulan dalam satu organisasi atau masyarakat, mengenal dan menilai perbezaan sosio-budaya, menggalakkan dan membolehkan kumpulan tersebut memberi sumbangan dari segi konteks budaya dalam sesuatu organisasi atau masyarakat.( Dr.Caleb Rosado, Towards a Definition of Multiculturalism, 1997)





Pendidikan Muzik Negara Kita

Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat. Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan  sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri.

 “ amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semua peringkat institusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah”. ( Zaharul Lailidin Saidon, 14:2009)

Pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan muzik tempatan yang kaya dengan pelbagai budaya  (multicultural)  telah wujud dalam kalangan pendidik.  Menurut Dr.Tan Sooi Beng,

 “Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their own traditional music (including the music of minorities) as well as the music of South East Asia and other parts of the world to the young through the music curriculum.”( Dr Tan Sooi Beng,2008:  A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music and Multiculturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pacific Region: Issues, Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249)
            Untuk memartabatkan warisan muzik  tradisional  pelbagai budaya di negara kita, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dengan memberi kepentingan kepada Muzik Tradisional dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah  menengah. Dalam objektif sukatan pelajaran sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan target pencapaian pelajar seperti berikut:
“setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik konvensional dan tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul”( Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah, 2003)
Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional dan tradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha ini telah memberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan muzik tradisional lain khususnya muzik taradisional etnik-ernik lain di Malaysia seperti ensemble muzik Cina dan ensemble muzik India. Dengan erti kata lain KPM telah memberi peluang kepada anak-anak kita mengenali dan mempelajari muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada pelbagai budaya dan pelbagai etnik. Ini telah diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah seperti berikut:

2.3 PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL
2.3.1 Penyertaan Dalam Ensembel Muzik Tradisional
¨ Memainkan pelbagai jenis lagu dan irama dalam ensembel berikut:
- Ensembel Kompang
- Ensembel Gamelan
- Ensembel Muzik Tradisional lain di Malaysia7.
 ( 7 ) Pilihan sekolah seperti Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan.
(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Pendidikan Muzik Menengah Atas Tingkatan IV-V,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 7:2003)

Dalam mencapai matlamat satu Malaysia, perpaduan menjadi akar umbi yang tidak boleh diketepikan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa dan etnik. Ke arah mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan setiap elemen budaya sangatlah penting dalam masyarakat Malaysia.


Muzik Pelbagai Budaya di seluruh dunia
Afrika
Muzik pelbagai budaya telah diamalkan di beberapa negara dengan berjaya. Melalui kurikulum muzik tahun 2005, pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya di  Afrika Selatan telah dapat mengintegerasikan  masyarakat dengan baik.
“Curiculum 2005 presents South African music educators with a golden opportunity to establish music as an important vehicle for reciprocal cross-cultural interaction. (Kathy Primos, 2001: Africa, Musical Development And Learning The International Perspective,12)

Australia
            Semua jenis muzik dihargai dalam sistem sekolah di Australia sebagai bahan pembelajaran termasuk muzik orang asli di Negara tersebut.
            “Australian school systems consider all music worthy of study, and former boundaries governing content and topic have been removed. ....there is an increasing emphasis on the music of Australia’s indigenous people and on that which reflects Australia’s multicultural nature and origin”( Gary Mc Phearson and Peter Dunbar-Hall,2001: Australia Musical Development And Learning The International Perspective,20)

Korea
            Walaupun kumpulan etnik bukan Korea kurang daripada 1 peratus daripada jumlah penduduknya, kesedaran tentang kepentingan muzik pelbagai budaya menyebabkan pendidik muzik di Korea telah memasukkan muzik dunia dalam buku-buku teks mereka.
            “Non-Korean ethnic groups constitute less than 1 per cent of the total population, and so educators and music educators do not pay much attention to multicultural issues in schools. However, being aware of the importance of multiculturalism in other countries, Korean music educators have included world music  sections in their text books. These include representative songs from various countries such as Iran, India, China, Japan and others.” (Myung-sook Auh and Robert Walker, 2001: Korea Musical Development And Learning The International Perspective,114)





Persoalan

Muzik tradisional lain  khasnya muzik Cina dan India menerima nasib yang  sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan  kajian, penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Lebih-lebih lagi menjadi tontonan semasa majlis-majlis peringkat nasional dan menjadi bahan tarikan untuk meningkatkan industri pelancongan negara kita. Justeru itu muzik pelbagai budaya di negara kita seolah-olah untuk menunjukkan kewujudan pelbagai budaya kepada para pengunjung kehormat dari luar negara. Seperti kata Johan Othman,

            “While ethnic music, especially of the Malays [Makyong for example] is mostly confined within the academia [for study, research and practical performance] and function within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian  sacred and secular music are performed at various rituals and temple rite.”( Johan Othman, 2002 :Wacana Seni, Cultural Decentralization Within A  Post-Colonial  Territory: Movements In Malaysian Musical Culture, Jilid 1, 84)

Tetapi matlamat tersebut  menjadi tandatanya kerana masih terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan kaum di negara kita. Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan , sejauhmanakah matlamat kurikulum tersebut tercapai? Masih terdapat rakyat di negara kita yang belum mengenal dan faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Ketidaksefahaman inilah yang menjadi punca kepada pergolakan yang sekali-sekala melanda di negara kita.
Menurut Dr.Suseela Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Pendidikan, Polisi Dan Perancangan, Universiti Malaya,

            “It’s because of people’s poor understanding of other culture and lack of learning from each other that misunderstanding occur”( New Sunday Times, 1 Mar 2009)

Kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan ‘1 Malaysia’ ini hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di Negara kita.

“ Studying the music of other cultures can be  broden the students sound base, enabling them to be more open and tolerant of new musical sounds.” (Terese M. Volk, Music, Education and Multiculturalism, 1998:6)

Pembelajaran muzik pelbagai budaya,  dapat menambahkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah yang menjadi akarumbi kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan masyarakat. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya (multicultural music) khususnya Muzik Tradisional India sangat relevan diaplikasikan dalam bilik darjah dan dewan kuliah.

“The multiculturalism movement  has helped diversity and broden the repertory and pedagogical base somewhat. More than ever before, an evidenced by MENC National Standards for Music Education, western educational authorities and music teachers now include in their curricula a wider variety of repertoire and pedagogical practices representatives of different musical cultures”
                                    (Paul G.Woodford, Democracy and Music Education,76:2005)

Sebagai satu kaum kompenen yang ketiga terbesar di Malaysia, kaum India mempunyai warisan budaya dan muzik tersendiri yang terluas dan masih menjaga dan mempraktikkan  muzik India dalam komuniti dan juga pada peringkat nasioal. Tradisi muzik India boleh dibahagikan kepada dua iaitu Muzik Karnatik (Karnatak) dari India Selatan dan Muzik Hindustani dari India Utara.

The music of the Indian community falls into 2 main categories: art music, which includes dance aswell as pure music forms, and folk music. These spring from 2 main traditions:  those originating in South India or Carnatic music and those originating in North
India or Hindustani music. Most Indian music generally has religious overtones regardless of its categorization. .  (Minni Ang, An Introduction to Malaysian Music, 6:2002)



Bagi memenuhi kehendak dan objektif  sukatan pelajaran terkini, banyak bahan rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong  telah  dibangunkan dalam bentuk buku panduan, audio dan video. Tetapi semua bahan yang dihasilkan lebih dalam muzik tradisional Melayu seperti Caklempong, gamelan, kompang, kertuk dan rebana.

            Walaupun negara kita kaya dengan pelbagai budaya muzik ,bahan-bahan yang sedia ada merupakan lebih kepada tradisi Melayu.Terdapat kekosongan besar  atau tiada  bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran  ensembel muzik tradisional lain di Malaysia khasnya ensembel muzik India dan Cina. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional lain di Malaysia.

“penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagai manifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong oleh kerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal perlu turut menjelmakan dan mempraktikkan prinsip yang sama.” ( Zaharul Lailidin Saidon (2009:18)


Kesimpulan dan Cadangan

            Muzik merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya. Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.
Pembelajaran muzik pelbagai budaya,  dapat menambahkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah yang menjadi akarumbi kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan masyarakat. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya  sangat relevan diaplikasikan dalam bilik darjah dan dewan kuliah. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran muzik India dan Cina dalam Bahasa Melayu harus dikeluarkan dengan banyak untuk:
i.                          Membantu guru-guru muzik, pelajar-pelajar IPTA, pelajar-pelajar IPGM dan pelajar-pelajar sekolah menengah belajar bermain alat-alat muzik India dan Cina dan juga dapat digunakan sebagai sumber rujukan  pengajaran dan pembelajaran.
ii.                        Membantu dan menjadi pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM.
iii.                      Membolehkan guru-guru muzik mempelbagaikan bahan pengajaran untuk mengajar elemen irama dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja.
iv.                       Menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Dimana, guru-guru dan pelajar-pelajar akan memartabatkan permainan muzik tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran.

























BIBLIOGRAFI

1.   Caleb Rosado,(1997). Towards a Definition of Multiculturalism.

2. Terese M.Volk,(1998). Music, Education, and Multicultralism Foundations and Principles.  
    New York: Oxford University Press.

3. David J.Hargreave and Adrian C.North(2001)Musical Development And Learning The 
    International Perspective. London and New York :Continnum

4. LONGMAN Dictionary of Contemporary English, (2001) Pearson Education Limited

5. Johan Othman,(2002). Cultural Decentralization Within a Post-Colonial Territory:     
    Movements in Malaysia’s Musical Culture.Pulau Pinang,Malaysia: Penerbit Universiti  
    Sains Malaysia. Jil./Vol.1,79-86.

6. Minni Ang, (2002) An Introduction to Malaysian Music.
7. Pusat Perkembangan Kurikulum(2003).Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah             
    Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

8. Paul G.Woodford, (2005) Democracy and Music Education.

9. Tan Sooi Beng,( 2008). A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music             
    and Multiculturalism in Malaysian Education. Approches in Music Appreciation Classes,   
    volume 11, Chapter 18)

10. Zaharul Lailidin Bin Saidon,(2009). Wacana Pendidikan Muzik. Kementerian Pelajaran 
     Malaysia, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti.





Tuesday, September 18, 2012


Pertandingan Pancaragam

            Pertandingan Pancaragam yang diadakan setiap tahun di Malaysia telah memberi galakan yang positif  dalam perkembangan muzikal di sekolah-sekolah. Banyak sekolah, khasnya sekolah menengah  mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ini menunjukkan  bahawa pihak sekolah, pelajar dan ibubapa menyedari kepentingan dan kekuatan muzik.
            Kebanyakan ‘repertoire’ yang dipersembahkan dalam pertandingan tersebut ialah muzik barat yang khasnya digubah untuk pancaragam dan lagu-lagu popular dari barat. Dalam setiap pertandingan tersebut hanya sebuah lagu tempatan yang bercorak patriotik sahaja dapat didengarkan kerana setiap kumpulan wajib bermain lagu patriotik tempatan. Walaupun terdapat banyak gubahan lagu-lagu tempatan, lazimnya jurulatih-jurulatih pancaragam memilih lagu-lagu barat. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keadaan tersebut.

Jurulatih Pancaragam
Kebanyakan jurulatih pancaragam sekolah terdiri daripada jurulatih luar yang tidak melalui latihan perguruan muzik bercorak tempatan. Mereka mahir dalam aspek muzikal seperti teknik permainan alatan pancaragam, teori-teori muzik dan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan pancaragam. Tetapi, pendedahan dan penghayatan mereka dalam  muzik tempatan sangat kurang. Manakala guru-guru muzik yang melalui latihan perguruan mempunyai kemahiran dan pendedahan muzik tempatan yang cukup serta menyedari  identiti budaya muzik tempatan. Lebih-lebih lagi jurulatih-jurulatih ini pula tidak berani mencuba sesuatu ‘repertoire’ baru, iaitu lagu-lagu tempatan.
Kecenderungan terhadap muzik Barat
                  Oleh kerana pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal barat, (Zaharul,2009) kecenderungan terhadap muzik barat amat ketara dalam kalangan guru-guru, ibubapa dan juga masyarakat. Ini menyebabkan muzik tempatan yang mengandungi identiti tempatan tidak dapat diperkembangkan di sekolah. Malah pihak sekolah pula menggalakkan kumpulan pancaragam memilih lagu-lagu barat untuk latihan.

Pengaruh media
            Media elektronik mempengaruhi masyarakat kini dengan adanya alat-alat komunikasi yang canggih. Kebanyakan media memaparkan budaya muzik barat daripada budaya tempatan. Pendedahan ini secara tidak langsung mempengaruhi kumpulan-kumpulan pancaragam. Visual yang dipersembahkan seperti ‘colour guide’ ialah pengaruh daripada pancaragam barat. Walaupun terdapat sedikit pengubahsuaian dalam persembahan visual tetapi tidak cukup memperlihatkan identity budaya tempatan jika dibandingkan dengan identity barat.

Kekurangan bahan
            Terdapat banyak lagu-lagu patriotik tempatan yang berentak ‘march’. Tetapi lagu-lagu tersebut masih dalam bentuk melodi dan kurang digubah semula untuk dimainkan oleh pancaragam. Malah gubahan lagu-lagu tempatan untuk ‘marching band’ kurang di pasaran berbanding lagu-lagu barat yang banyak dan senang didapati dalam pasaran. Gubahan semula lagu-lagu tempatan untuk pancaragam tidak dibukukan dan kurang. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kurangnya identity budaya tempatan  dalam pertandingan pancaragam.

            Pemimpin dalam kumpulan pancaragam atau sesuatu program muzik merujuk kepada guru yang bertanggungjawab melatih dan menjaga sesuatu kumpulan muzik instrumental. Tugas pemimpin sangat penting dalam sesuatu program muzik. Oleh itu guru yang menjadi pemimpin kumpulan instrumental patut mempunyai nilai-nilai seperti berwawasan, berfikiran terbuka, sanggup berkongsi kuasa, menjaga tingkahlaku serta kebajikan pelajar.
            Pemimpin muzik yang baik ialah pemimpin yang menjadi ‘role model’ kepada pelajar. Jadi pemimpin muzik patut ada pengetahuan yang baik dalam permainan alat muzik. Iaitu pemimpin itu sendiri adalah pemuzik yang mahir bermain alat muzik. Dengan itu pemimpin dapat menunjuk cara bermain yang betul kepada pelajar-pelajarnya. Disamping itu pemimpin juga dapat mempermudahkan kaedah atau teknik bermain alat muzik.
            Selain itu, pemimpin harus mempunyai tingkahlau yang baik seperti menepati masa, menepati jadual latihan, mengikut etika persembahan dan berdisiplin dalam sesi latihan dan persembahan. Pemimpin juga mestilah tegas semasa sesi latihan supaya pelajar dapat mempelajari dan membuat persembahan yang baik.
            Pemimpin muzik mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dalam menjaga kebajikan pelajar. Jadi, pemimpin harus tahu akan setiap pelajar dengan baik dan peka terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kumpulan instrumental. Pemimpin juga patut tahu serba sedikit tentang latarbelakang pelajar supaya dapat menyelesaikan masalah pelajar dengan mudah.
            Pemimpin harus mempunyai sikap terbuka dan apresiasi yang tinggi serta tahu tentang semua jenis genre muzik seperti muzik klasikal, etnik, pop dan muzik dunia. Pemahaman dan penghayatan muzik tersebut  dapat membantu dalam pengajaran sesuatu karya muzik baru yang akan dipersembahkan. Pemimpin juga harus peka terhadap perkembangan muzik semasa supaya tidak ketinggalan dalam arus muzik zaman moden ini.
            Pemimpin harus mempunyai sikap bekerjasama yang baik dengan guru-guru, pentadbir, ahli-ahli muzik dan semua orang yang terlibat dalam program muzik contohnya dalam menentukan masa untuk latihan. Ia dapat membantu dalam menjayakan sesuatu kumpulan instrumental. Selain itu, pemimpin mesti sanggup berkongsi kuasa dengan guru-guru atau jurulatih-jurulatih luar yang ditugaskan untuk melatih kumpulan instrumentalnya.


            Pendidik muzik baru harus mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang semua aspek sejarah muzik, teori dan analisis, komposisi, teknik-teknik latihan dan perkembangan kurikulum muzik semasa. Kesemua aspek tersebut sangat penting untuk seorang pendidik muzik menjadi sempurna dan berkebolehan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik instrumental di sekolah.
            Kekurangan aspek-aspek tersebut dalam kalangan pendidik muzik menyebabkan pengajaran dan pembelajaran muzik tidak  berjaya dan tidak tercapai dalam kelas. Malah, kekurangan tersebut menyebabkan guru muzik tidak lengkap dan tidak menepati keperluan muzikal yang dikehendaki.
            Pengetahuan aspek sejarah muzikal penting dalam menjadikan seorang pendidik muzik menghayati sesuatu karya dari segi latarbelakang karya itu dicipta, stail muzik sezaman dan budaya muzik sesuatu zaman tersebut.
            Bentuk dan analisis muzik penting untuk mengetahui serta memahami ayat-ayat muzik seperti frasa, permulaan, kadens, pergerakan harmoni dalam sesuatu karya muzik. Ia juga penting dalam mempersembahkan karya tersebut mengikut ‘mood’ tertentu. Ini membantu untuk membentuk gambaran yang baik tentang karya tersebut.
             Secara langsung, pengetahuan ini memudahkan guru dalam pengajaran bermain alat muzik mengikut skor dengan memperdengarkan tonality, timbre dan personality sesuatu karya. Selain itu, guru muzik juga perlu mempelajari dan mengetahui aspek komposisi supaya mempermudahkan untuk senang bermain, Seterusnya, pengetahuan komposisi membantu guru menggubah sendiri dan membuat gubahan semula untuk keperluan pelajar.
            Tambahan pula, teknik-teknik latihan muzik merupakan satu kemestian untuk pendidik muzik. Tanpa teknik yang betul tidak akan keluar bunyi atau muzik yang dikehendaki. Oleh yang demikian, seorang pendidikan muzik mesti mempelajari kemahiran bermain alat muzik atau sekuarang-kurangnya tahu akan cara bermain dengan teknik yang betul untuk melatih pelajar-pelajarnya.
            Pendidikan atau kurikulum muaik berkembang dari masa ke semasa. Oleh itu, pendidik muzik patut mempelajari setiap perkembangan kurikulum muzik semasa. Dalam erti kata lain seseorang pendidik muzik perlu ‘up to date’ dengan pengetahuan kurikulum muzik dan perkembangan muzik semasa supaya tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Aspek ini boleh diperolehi dengan pembacaan yang luas supaya dapat mencapai objektif, tujuan dan kemahiran dalam pendidikan muzik.


            Pendidik muzik di sekolah kurang menyerlah dalam melatih ‘wind orchestra’ jika dibandingkan dengan jurulatih luar kerana beberapa faktor.
            Guru di sekolah terpaksa menurut keperluan sesebuah sekolah dengan mengajar matapelajaran lain selain daripada matapelajaran muzik. Muzik ialah subjek yang memerlukan penglibatan dan tumpuan secara berterusan daripada subjek-subjek lain. Oleh yang demikian, masa berjumpa dengan ahli-ahli orkestra adalah terhad. Lebih-lebih lagi guru dibebankan dengan kerja-kerja selain daripada opsyen atau major mereka. Contohnya guru opsyen atau major dalam muzik mengajar sejarah, geografi, bahasa Melayu dan sebagainya. Jurulatih luar pula tiada beban kerja lain atau mengajar matapelajaran lain seperti guru di sekolah. Mereka adalah guru muzik sepenuh masa. Manakala, guru-guru di sekolah mengajar muzik seolah-olah seperti kerja sampingan atau ‘part time’! Mereka berpeluang berjumpa dengan ahli-ahli orchestra lebih kerap atau lebih lama berbanding guru di sekolah.
            Pihak pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam situasi ini. Pentadbir sekolah lebih mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Oleh yang demikian, pemilihan ahli-ahli orkestra adalah terhad kepada pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat sahaja. Pelajar-pelajar lain yang berkebolehan bermain alat muzik di tingkatan tiga dan lima dilarang oleh sesetengah pentadbir kerana mereka dalam kelas peperiksaan. Faktor ini menyumbangkan kepada kualiti muzik dalam ensembel wind orkestra. 
            Sikap dan minat sesetengah guru pun mempengaruhi dalam pencapaian orkestra. Sikap tidak bersungguh-sungguh dalam aktiviti latihan menjadi faktor kelemahan sesebuah orkestra sekolah. Kebanyakan guru beranggapan bahawa sekadar mengambil bahagian dalam pertandingan sudah pun memadai kerana lebih mementingkan kehendak-kehendak persendirian. Manakala, jurulatih luar pula berutngkus lumus melatih pelajar kerana itulah mata pencarian mereka.

            Adakalanya guru-guru yang lebih minat dalam orkestra diketepikan atau kurang diberi galakan  oleh pihak pentadbir kerana beranggap jurulatih luar lebih berkaliber dan berkebolehan dalam melatih pelajar  orkestra. Kadang-kadang pihak pentadbir membuat keputusan yang tidak betul dalam pembahagian tugas ko-kurikulum. Guru-guru yang berminat dalam muzik tidak diberi tugas untuk menjaga kumpulan orkestra. Tugas tersebut diberi kepada seorang guru yang tidak berminat dan tidak mengambil peduli langsung tentang orkestra.
            Malah, ada segilintir guru muzik tidak dapat bekerjasama dengan jurulatih dan berkongsi kuasa. Mereka sanggup menyingkirkan jurulatih luar semata-mata henadak menunjuk-nunjuk kerana sudah memerolehi ijazah dalam muzik. Sikap sebegini tidak patut ada pada seorang guru yang inginkan pelajar-pelajar orkestra sekolah mendapat ilmu dengan jayanya.
            Kesimpulannya, jurulatih luar dapat melatih orkestra dengan sempurna kerana mereka menghabiskan  masa (contact time ) yang banyak dengan pelajar-pelajar dan masa kerja tidak diganggu oleh tugas-tugas dan subjek-subjek lain seperti guru-guru di sekolah.       

    Ariputhiran Narayanan            

KUMPULAN KOIR SMJK POI LAM IPOH, PERAK
Oleh
Ariputhiran Narayanan

PENGENALAN
Kumpulan Koir ditubuhkan di SMJK Poi Lam, Ipoh dengan nama Kelab Koir pada tahun 2003 oleh Cikgu Miss Wong,( iaitu sebelum saya berkhidmat di sekolah tersebut). Aktiviti-aktiviti kelab koir tersebut tidak diketahui kerana tiada rekod mengenai aktiviti kelab tersebut. Pada tahun 2005 Kelab koir SMJK Poi Lam dipimpin oleh Cikgu Rohana Pathil, dengan jumlah ahlinya seramai 26 orang pelajar. Beliau ialah seorang guru bahasa Inggeris yang sangat minat dalam nyanyian. Pada tahun itulah saya telah ditempatkan di sekolah tersebut. Saya ditugaskan sebagai guru penasihat pancaragam sekolah. Cikgu Rohana telah meminta bantuan saya untuk mengajar ahli-ahli kelab koir. Itulah kali pertama saya mengajar dan memimpin koir.

LATARBELAKANG KELAB KOIR
Lagu dipilih oleh Cikgu Rohana untuk persembahan koir untuk Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran.Pada mulanya saya memimpin ahli-ahli kelab koir untuk menyanyi dalam suara ‘unison’. Ini kerana ahli-ahlinya tidak ada pendedahan langsung tentang nyanyian  koir yang sebenar. Tamabahn pula, sekolah tersebut tiada tradisi nyanyian koir seperti sekolah-sekolah lain contohnya, Ave Maria Convent dan Tarcisian Convent. Walaupun begitu saya melatih mereka untuk menyanyi dalam suara unison. Pada majlis tersebut saya bermain piano mengiringi lagu dan Cikgu Rohana pula memimpin ‘conduct’ nyanyian koir. Semua guru mengatakan bahawa persembahan tersebut bagus.
Kali kedua, saya diminta oleh Cikgu Rohana untuk melatih mereka beberapa lagu Inggeris untuk dinyanyikan dalam Majlis Sambutan Minggu Bahasa Inggeris di sekolah. Kali ini saya telah membahagikan kumpulan koir kepada dua. Iaitu lelaki dan perempuan. Saya melatih kumpulan lelaki untuk menyanyi ‘doubling’ iaitu membuat repetisi di akhir setiap rangkap lagu. Kumpulan perempuan pula menyanyikan melodi lagu tanpa perubahan.
Nyanyian pada kali ini lebih baik dan mendapat sambutan baik daripada seluruh warga sekolah. Khasnya pengetua sekolah memuji saya dan Cikgu Rohana. Beliau teruja dengan persembahan pelajar dan memuji saya secara persendirian.
Mulai hari itu, setiap Majlis akan diserikan oleh nyanyian kumpulan koir sekolah. Ini adalah permulaan dan peluang kepada saya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah saya pelajari di Universiti Sains Malaysia. Setiap tahun mulai 2005, Kelab koir akan menganjurkan pertandingan nyanyian ‘POI LAM IDOL’ untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang nyanyian. Saya dijemput menjadi hakim dalam pertandingan tersebut disamping Cikgu Rohana.
Pada tahun 2009 saya telah ditugaskan sebagai guru penasihat Kelab Koir Poi Lam bersama Cikgu Rohana. Saya melatih kelab koir untuk menyertai pertandingan koir peringkat Zon Kinta Utara. Dimana, 3 buah sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Iaitu, SMK Tarcisian Convent, SMJK Yuk Choy dan SMJK Poi Lam.

Saya melatih pelajar-pelajar untuk menyanyi sebuah lagu wajib dan sebuah lagu pilihan. Saya melatih pelajar untuk menyanyi ‘parts’ dalam lagu tersebut. Pelajar-pelajar mendapat tempat kedua dalam peringkat zon.  Pelajar-pelajar mendaapat peluang untuk  melihat sendiri persembahan, penampilan dan cara mengeluarkan suara dalam nyanyian koir. Ini merupakan satu pendedahan penting kepada pelajar. Mereka terkejut melihat persembahan SMK Tarcisian Convent!

PERMASALAHAN
Mengajar dan memimpin Kelab Koir di sekolah yang tiada latar belakang ataupun budaya nyanyian koir telah mendatangkan banyak masalah. Apatah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan yang kebanyakan pelajarnya kaum Cina. Saya telah berhadapan dengan masalah seperti berikut:
i.                    Bahasa
ii.                  Laatarbelakang pelajar
iii.                Masa latihan
iv.                Sikap
v.                  Pentadbiran

Bahasa
Dari segi bahasa, saya menghadapi masalah sebutan dan artikulasi dalam nyanyian koir. Contohnya sebutan  ‘r’, ‘nya’. Masalah tersebut dapat diatasi dengan beberapa sesi latihan. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang tidak dapat menyebut konsonan ‘r’ dan ‘nya’ dengan betul.



Latar belakang pelajar
Tiada matapelajaran muzik diajar di sekolah. Hanya beberapa pelajar yang berminat belajar muzik di sekolah-sekolah muzik swasta. Pelajar-pelajar kurang pendedahan kepada lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan selain dari lagu-lagu bahasa Cina. Tambahan pula kebanyakan pelajar hanya berminat pada lagu-lagu pop Cina. Tiada pendedahan genre muzik lain selain daripada muzik Cina. 

Masa Latihan
Semua ahli kelab koir adalah daripada sesi pagi dan ada antara mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya sebagai guru sesi petang terpaksa melatih pelajar sebelum mereka balik ke rumah.Iaitu pada waktu akhir sesi pagi. Ada kalanya segelintir guru-guru matapelajaran lain tidak membenarkan pelajar keluar kelas untuk menghadiri sesi latihan.
Pada hari lain pula, contohnya hujung minggu, masa latihan pula tidak lama kerana pelajar-pelajar dikehendaki menghadiri kelas tuisyen. Malah ada antara pelajar kelab koir yang mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum lain contohnya kelab tarian. Ini menyebabkan pelajar-pelajar lain tunggu sehingga mereka menyertai dalam sesi latihan.

Sikap
Ada pelajar-pelajar yang mempunyai sikap tidak serius untuk menghadiri sesi latihan kerana tidak berminat. Mereka menyertai kelab koir sebagai cukup syarat untuk aktiviti ko-kurikulum. Pelajar juga lebih mengutamakan kelab tarian kerana guru penasihatnya guru disiplin. Ini menyebabkan pelajar takut untuk memberi alasan tidak hadir.
Malah beberapa guru sendiri mempunyai sikap yang tidak profesion langsung dengan hanya mengutamakan aktivti persatuan mereka sahaja tanpa menyedar tindakan mereka akan menjejaskan aktiviti kelab lain.

Pentadbiran
Walaupun pihak pentadbiran sekolah menggalakkan aktiviti kelab koir, tetapi masih lemah dalam memberi ruang kepada guru untuk mengadakan sesi latihan pada waktu persekolahan. Masih kurang kesedaran tentang  kepentingan kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).
Namun begitu kelab koir sekolah mendapat perhatian pentadbiran apabila mendapat tempat kedua dalam pertandingan koir peringkat zon. Dimana, SMJK Poi Lam tidak pernah menyertai pertandingan koir selama ini apatah lagi mendapat tempat kedua. Justeru itu pihak pentadbiran sedia meluluskan peruntukan RM 5000.00 untuk kelab koir.

Kesimpulan
Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah  kelab koir masih menjalankan aktiviti-aktiviti tahunannya dan sedang berusaha untuk memantapkan lagi kemahiran nyanyian  koir dari masa ke semasa.