MUZIK
PELBAGAI BUDAYA DAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA
OLEH
ARIPUTHIRAN A/L NARAYANAN
Pengenalan
Kaum
India merupakan kaum yang ketiga terbesar di Malaysia. Literatur sedia ada
mengenai Muzik India diletakkan di bawah ‘multicultural music and world music in
the classroom’, Justeru itu, kertas ini
membincangkan topik muzik pelbagai budaya (multicultural music) dan muzik dunia
(world music) dalam konteks senario pendidikan muzik di Malaysia.
Definisi Pelbagai budaya atau
‘multiculturalism’
Menurut
kamus, perkataan ‘multicultural’ membawa maksud memasukkan orang atau idea
daripada negara-negara yang berbeza,
bangsa ataupun agama.
“including people or ideas from several
different countries, races or religions” (LONGMAN
Dictionary of Contemporary English, Pearson Education Limited, 2001:1192)
Manakala
‘multiculturalism’ membawa maksud, satu kepercayaan tentang kebaikan dan
kepentingan memasukkan orang atau idea
daripada negara-negara yang berbeza,
bangsa ataupun agama. “ the belief that it is important and good to include
people or ideas from many different countries, races or religions” (LONGMAN
Dictionary of Contemporary English, Pearson Education Limited, 2001:1192)
Pelbagai budaya
(multiculturalism) adalah satu sistem tentang kepercayaan dan kelakuan yang
mengenal dan menghormati kewujudan pelbagai kumpulan dalam satu organisasi atau
masyarakat, mengenal dan menilai perbezaan sosio-budaya, menggalakkan dan
membolehkan kumpulan tersebut memberi sumbangan dari segi konteks budaya dalam
sesuatu organisasi atau masyarakat.( Dr.Caleb Rosado, Towards a Definition of
Multiculturalism, 1997)
Pendidikan Muzik Negara Kita
Pendidikan muzik di
negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah
yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat.
Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat
perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam,
orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
Keadaan ini telah menyebabkan sistem
muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting
oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri.
“ amalan pendidikan muzik di Malaysia masih
berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal
barat. Ini dapat diperhatikan di semua peringkat institusi pembelajaran muzik
formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang
digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah”. ( Zaharul Lailidin Saidon,
14:2009)
Pada masa kini
kesedaran tentang kepentingan warisan muzik tempatan yang kaya dengan pelbagai
budaya (multicultural) telah wujud dalam kalangan pendidik. Menurut Dr.Tan Sooi Beng,
“Increasing numbers of educators realize that
there is a need to introduce their own traditional music (including the music
of minorities) as well as the music of South East Asia and other parts of the
world to the young through the music curriculum.”( Dr Tan Sooi Beng,2008: A Paradigm Shift in teaching Music In
Schools, Traditional Music and Multiculturalism in Malaysian Education.
Education In The Asia Pacific Region: Issues, Concerns And Prospects, volume
11, Chapter 18, 249)
Untuk
memartabatkan warisan muzik tradisional
pelbagai budaya di negara kita, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengambil langkah yang bijak dengan memberi kepentingan kepada Muzik
Tradisional dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Dalam objektif sukatan pelajaran
sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan target
pencapaian pelajar seperti berikut:
“setelah
mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar
berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik konvensional
dan tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul”( Sukatan Pelajaran
Pendidikan Muzik Sekolah Menengah, 2003)
Objektif
Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada anak-anak
kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional
dan tradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha
ini telah memberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan
muzik tradisional lain khususnya muzik taradisional etnik-ernik lain di
Malaysia seperti ensemble muzik Cina dan ensemble muzik India. Dengan erti kata
lain KPM telah memberi peluang kepada anak-anak kita mengenali dan mempelajari
muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada pelbagai budaya dan pelbagai
etnik. Ini telah diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah
Menengah seperti berikut:
2.3 PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL
2.3.1 Penyertaan Dalam Ensembel Muzik Tradisional
¨ Memainkan
pelbagai jenis lagu dan irama dalam ensembel berikut:
- Ensembel
Kompang
- Ensembel
Gamelan
- Ensembel
Muzik Tradisional lain di Malaysia7.
( 7 )
Pilihan sekolah seperti Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak,
Orkestra Cina, Ensembel Muzik India dan ensembel muzik tempatan yang tiada
kaitan dengan pemujaan.
(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Pendidikan Muzik
Menengah Atas Tingkatan IV-V,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia, 7:2003)
Dalam mencapai matlamat
satu Malaysia, perpaduan menjadi akar umbi yang tidak boleh diketepikan di
negara kita yang terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa dan etnik. Ke arah
mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan setiap elemen budaya
sangatlah penting dalam masyarakat Malaysia.
Muzik Pelbagai Budaya di seluruh dunia
Afrika
Muzik pelbagai budaya
telah diamalkan di beberapa negara dengan berjaya. Melalui kurikulum muzik
tahun 2005, pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya di Afrika Selatan telah dapat mengintegerasikan masyarakat dengan baik.
“Curiculum 2005 presents
South African music educators with a golden opportunity to establish music as
an important vehicle for reciprocal cross-cultural interaction. (Kathy Primos, 2001:
Africa, Musical Development And Learning The International Perspective,12)
Australia
Semua
jenis muzik dihargai dalam sistem sekolah di Australia sebagai bahan
pembelajaran termasuk muzik orang asli di Negara tersebut.
“Australian
school systems consider all music worthy of study, and former boundaries
governing content and topic have been removed. ....there is an increasing
emphasis on the music of Australia’s indigenous people and on that which
reflects Australia’s multicultural nature and origin”( Gary Mc Phearson and
Peter Dunbar-Hall,2001: Australia Musical Development And Learning The
International Perspective,20)
Korea
Walaupun
kumpulan etnik bukan Korea kurang daripada 1 peratus daripada jumlah
penduduknya, kesedaran tentang kepentingan muzik pelbagai budaya menyebabkan
pendidik muzik di Korea telah memasukkan muzik dunia dalam buku-buku teks
mereka.
“Non-Korean
ethnic groups constitute less than 1 per cent of the total population, and so
educators and music educators do not pay much attention to multicultural issues
in schools. However, being aware of the importance of multiculturalism in other
countries, Korean music educators have included world music sections in their text books. These include
representative songs from various countries such as Iran, India, China, Japan
and others.” (Myung-sook Auh and Robert Walker, 2001: Korea Musical Development
And Learning The International Perspective,114)
Persoalan
Muzik tradisional
lain khasnya muzik Cina dan India
menerima nasib yang sama seperti muzik
tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan
kajian, penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja.
Lebih-lebih lagi menjadi tontonan semasa majlis-majlis peringkat nasional dan
menjadi bahan tarikan untuk meningkatkan industri pelancongan negara kita.
Justeru itu muzik pelbagai budaya di negara kita seolah-olah untuk menunjukkan
kewujudan pelbagai budaya kepada para pengunjung kehormat dari luar negara.
Seperti kata Johan Othman,
“While
ethnic music, especially of the Malays [Makyong for example] is mostly confined
within the academia [for study, research and practical performance] and
function within the tourism industry as a showcase product, Chinese and
Indian sacred and secular music are
performed at various rituals and temple rite.”( Johan Othman, 2002 :Wacana Seni,
Cultural Decentralization Within A Post-Colonial Territory: Movements In Malaysian Musical
Culture, Jilid 1, 84)
Tetapi matlamat
tersebut menjadi tandatanya kerana masih
terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang
betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan kaum di negara kita.
Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan , sejauhmanakah matlamat
kurikulum tersebut tercapai? Masih terdapat rakyat di negara kita yang belum
mengenal dan faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Ketidaksefahaman
inilah yang menjadi punca kepada pergolakan yang sekali-sekala melanda di negara
kita.
Menurut Dr.Suseela
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Pendidikan, Polisi Dan Perancangan,
Universiti Malaya,
“It’s
because of people’s poor understanding of other culture and lack of learning
from each other that misunderstanding occur”( New Sunday Times, 1 Mar 2009)
Kekangan dalam pemahaman
setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni
dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan ‘1 Malaysia’ ini hanya akan
menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara berbilang
kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di Negara kita.
“ Studying
the music of other cultures can be
broden the students sound base, enabling them to be more open and
tolerant of new musical sounds.” (Terese M. Volk, Music, Education and
Multiculturalism, 1998:6)
Pembelajaran muzik
pelbagai budaya, dapat menambahkan sikap
toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar yang berbilang kaum di
Malaysia. Sikap toleransi inilah yang menjadi akarumbi kepada perpaduan yang
diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan masyarakat. Oleh yang demikian
pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya (multicultural music) khususnya
Muzik Tradisional India sangat relevan diaplikasikan dalam bilik darjah dan
dewan kuliah.
“The
multiculturalism movement has helped
diversity and broden the repertory and pedagogical base somewhat. More than
ever before, an evidenced by MENC National Standards for Music Education,
western educational authorities and music teachers now include in their
curricula a wider variety of repertoire and pedagogical practices
representatives of different musical cultures”
(Paul
G.Woodford, Democracy and Music Education,76:2005)
Sebagai satu kaum kompenen yang ketiga terbesar di
Malaysia, kaum India mempunyai warisan budaya dan muzik tersendiri yang terluas
dan masih menjaga dan mempraktikkan
muzik India dalam komuniti dan juga pada peringkat nasioal. Tradisi
muzik India boleh dibahagikan kepada dua iaitu Muzik Karnatik (Karnatak) dari
India Selatan dan Muzik Hindustani dari India Utara.
The music of the Indian community falls into 2 main
categories: art music, which includes dance aswell as pure music forms, and
folk music. These spring from 2 main traditions: those originating in South India or Carnatic
music and those originating in North
India
or Hindustani music. Most Indian music generally has religious overtones regardless
of its categorization. . (Minni Ang, An Introduction to Malaysian
Music, 6:2002)
Bagi memenuhi kehendak
dan objektif sukatan pelajaran terkini,
banyak bahan rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong telah
dibangunkan dalam bentuk buku panduan, audio dan video. Tetapi semua
bahan yang dihasilkan lebih dalam muzik tradisional Melayu seperti Caklempong,
gamelan, kompang, kertuk dan rebana.
Walaupun negara kita
kaya dengan pelbagai budaya muzik ,bahan-bahan yang sedia ada merupakan lebih
kepada tradisi Melayu.Terdapat kekosongan besar
atau tiada bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran ensembel muzik
tradisional lain di Malaysia khasnya ensembel muzik India dan Cina. Kekosongan
ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional lain di
Malaysia.
“penonjolan
tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagai
manifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang
didokong oleh kerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi
pendidikan formal perlu turut menjelmakan dan mempraktikkan prinsip yang sama.”
( Zaharul Lailidin Saidon (2009:18)
Kesimpulan dan Cadangan
Muzik merupakan satu media tanpa perbualan yang senang
diterima oleh semua masyarakat dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum,
bahasa dan budaya. Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai
budaya harus diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik
lain di Malaysia.
Pembelajaran muzik
pelbagai budaya, dapat menambahkan sikap
toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar yang berbilang kaum di
Malaysia. Sikap toleransi inilah yang menjadi akarumbi kepada perpaduan yang
diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan masyarakat. Oleh yang demikian
pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya sangat relevan diaplikasikan dalam bilik
darjah dan dewan kuliah. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran muzik India
dan Cina dalam Bahasa Melayu harus dikeluarkan dengan banyak untuk:
i.
Membantu guru-guru muzik, pelajar-pelajar
IPTA, pelajar-pelajar IPGM dan pelajar-pelajar sekolah menengah belajar bermain
alat-alat muzik India dan Cina dan juga dapat digunakan sebagai sumber
rujukan pengajaran dan pembelajaran.
ii.
Membantu dan menjadi pilihan bahan
pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan
Muzik KBSM.
iii.
Membolehkan guru-guru muzik
mempelbagaikan bahan pengajaran untuk mengajar elemen irama dan tidak hanya
bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja.
iv.
Menyumbang kepada pengekalan warisan
budaya. Dimana, guru-guru dan pelajar-pelajar akan memartabatkan permainan
muzik tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran.
BIBLIOGRAFI
1.
Caleb Rosado,(1997). Towards a
Definition of Multiculturalism.
2. Terese M.Volk,(1998). Music, Education, and Multicultralism Foundations
and Principles.
New York: Oxford University Press.
3. David
J.Hargreave and Adrian C.North(2001)Musical Development And Learning The
International Perspective. London and New
York :Continnum
4. LONGMAN
Dictionary of Contemporary English, (2001) Pearson Education Limited
5. Johan
Othman,(2002). Cultural Decentralization Within a Post-Colonial Territory:
Movements in Malaysia’s Musical
Culture.Pulau Pinang,Malaysia: Penerbit Universiti
Sains Malaysia. Jil./Vol.1,79-86.
6. Minni Ang, (2002) An Introduction to Malaysian Music.
7.
Pusat Perkembangan Kurikulum(2003).Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
8. Paul G.Woodford, (2005) Democracy and Music
Education.
9. Tan Sooi Beng,( 2008). A Paradigm Shift in
teaching Music In Schools, Traditional Music
and Multiculturalism in Malaysian
Education. Approches in Music Appreciation Classes,
volume 11, Chapter 18)
10.
Zaharul Lailidin Bin Saidon,(2009). Wacana Pendidikan Muzik. Kementerian
Pelajaran
Malaysia,
Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti.