Tuesday, September 18, 2012

Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Muzik


Tarikh                          :
Tahun                          : 2
Waktu                         :
Bilangan Murid           :
Mata pelajaran             : Pendidikan Muzik
Bidang                                    : Nyanyian dan gerakan
Tajuk                           : Menyanyi gembira
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah menyanyi beberapa lagu yang lain.
Kemahiran                   : 1.10 Mennyanyi dengan terkawal dan teratur
Objektif                       : Di akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
i.                    Menyanyi  dengan  pic, tempo dan sebuatn yang betul.
ii.                  Menyanyi  secara seragam dalam kumpulan.
iii.                Menepuk peha dan memetik jari mengikut irama dan detik lagu.
Konsep muzik             : Irama dan detik
Penerapan nilai            : Berkerjasama dan disiplin
Penggabungjalinan      : Bahasa Melayu, Pendidikan Moral
ABM                           : Kibod, carta lagu dengan notasi lidi, kad imbasan.
Langkah Dan Anggaran Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran (Guru)
Aktiviti Pembelajaran (Murid)
ABM

Set Induksi
( 5 minit)











Memperkenalkan pic rendah dan tinggi melalui latihan solfa dalam bentuk la,la,la.

i.        Guru memperkenalkan pic rendah dan tinggi melalui latihan solfa dalam bentuk la,la,la.
ii.      Guru memainkan memainkan tangganada C Major dalam kibod sambil menyebut la,la,la.
iii.    Mengarah murid-murid menyebut mengikut guru.
iv.    Mengarah murid-murid supaya bangun perlahan-lahan apabila guru memainkan tangganada menaik C Major dan duduk perlahan-lahan apabila guru memainkan tangganada menurun C Major. Setelah murid dapat, guru memperkenalkan pic rendah sambil menekan not C bawah dan pic tinggi dengan menekan not C atas di kibod.
v.      Setelah aktiviti diatas selesai guru memperkenalkan tajuk lagu yang akan dipelajari. Iaitu ‘Menyanyi gembira’ dan mulakan pelajaran.


i.        Murid-murid mendengar dan memerhati cara guru buat
ii.      Murid membuat aktiviti yang diarahkan oleh guru. Iaitu bangun perlahan apabila guru memainkan tangganada C Major menaik dan duduk perlahan apabila guru memainkan tangganada C Major menurun.

Kibod



Langkah 1
(5 minit)

Membaca senikata lagu ‘Menyanyi gembira’

i.                    Guru melekatkan carta lagu dengan
      notasi lidi ‘Menyanyi gembira’
ii.                  Guru membacakan senikata
       lagubaris demi baris.
iii.                Mengarah murid mengikut guru
      membaca.
iv.                Mengarah murid membaca sendiri
            senikata lagu.


i.                    Murid mendengar dan memerhati guru
      membaca senikata lagu
ii.                  Murid membaca senikata lagu
      mengikut guru.
iii.                Murid membaca senikata lagu dengan
      sendiri.

Carta lagu

Langkah 2
(15 minit)







Nyanyian lagu ‘Menyanyi gembira’ secara kelas tanpa iringan

i.                    Guru menyanyikan lagu baris demi
       baris.
ii.                  Mengarah murid supaya menyanyi
      mengikut guru.
iii.                Mengarah murid menyanyi sendiri.
iv.                Membetulkan kesalahan murid.


i.                    Murid mendengar cara guru
      menyanyikan lagu tanpa iringan 
      muzik.
ii.                  Murid menyanyi mengikut guru.
iii.                Murid menyanyi dengan sendiri.
iv.                Murid membetulkan kesalahan mereka
      dalam nyanyian.


Carta lagu

Langkah 3
5 minit








Nyanyi lagu ‘Menyanyi gembira’ dengan iringan muzik secara kelas dan kumpulan

i.                    Guru menyanyikan lagu dengan
      iringan muzik.
ii.                  Mengarah murid supaya menyanyi
      bersama.
iii.                Guru membetulkan kesalahan
      murid dalam nyanyian.
iv.                Guru mengarah murid menyanyi
      dalam kumpulan.


i.                    Murid mendengar dan memerhati cara
      guru menyanyi lagu dengan iringan 
      muzik.
ii.                  Murid menyanyi bersama guru.
iii.                Murid membetulkan kesalahan
      mereka.
iv.                Murid menyanyi dalam kumpulan.

Carta lagu
Kibod



Langkah 4
8 minit





















Konsep muzik irama dan detik lagu.
Menepuk peha dan memetik jari secara kelas dan kumpulan.

i.                    Guru membahagikan murid dalam
       dua kumpulan.
ii.                  Guru menunjukkan cara menepuk
       Peha mengikut irama lagu dan 
       memetik jari mengikut detik lagu.
iii.                Mengarah murid membuat aktiviti
      Ini mengikut kumpulan. Iaitu:

Kumpulan 1= menepuk peha mengikut irama lagu.

 h ♫ ♫ ♩♩ ♫ ♫ ⎪      ‖



Kumpulan 2= memetik jari mengikut detik lagu

h ♩♩ ♩♩ ♩♩ ♩♩♩♩




i.                    Murid berada dalam kumpulan
      masing-masing.
ii.                  Murid mendengar penerangan guru.
iii.                Murid membuat aktiviti yang
      diarahkan oleh guru.

Carta lagu
Kad imbasan
kibod

Penutup
2 minit

Menyanyi sambil menepuk mengikut detik secara kelas.

i.                    Guru menunjukkan cara menepuk
      mengikut detik.
ii.                  Mengarah murid supaya menyanyi
      sambil bertepuk tangan mengikut
      detik lagu dan bersurai.


i.                    Murid mendengar penerangan guru.
ii.                  Murid menyanyi sambil bertepuk
      tangan mengikut detik lagu.

Kibod
Carta lagu

No comments:

Post a Comment