ULASAN JURNAL
Oleh Ariputhiran A/L Narayanan
Jurnal yang bertajuk “Local”
musics in Canadian and United States music education:Current curricular
limitations and future possibilities, ditulis
oleh Profesor Madya J.Scott Goble.
Beliau ialah seorang profesor pendidikan muzik di Universiti British Columbia,
Vancouver, Canada. Jurnal ini membincangkan muzik ‘Tempatan’ dalam pendidikan muzik dan
pembatasan kurikulum muzik semasa serta
pilihan masa depan di Kanada dan Amerika Syarikat.
Menurut J.Scott Goble, masyarakat yang hidup dalam era perkembangan
industri kini berpeluang mendengar dan
menghayati muzik sebagai hiburan melalui media massa kini. Manakala bagi
masyarakat ‘tempatan’di Kanada dan Amerika Syarikat, bentuk muzik tertentu
merupakan budaya dan satu kemestian dalam kehidupan mereka. Polisi pendidikan muzik di Amerika Syarikat
(1994) dan British Columbia, Kanada (1997) telah memberi peluang untuk belajar tentang amalan muzik masyarakat
tempatan atau masyarakat asli di negara-negara tersebut.Pengubahsuaian
kurikulum pendidikan muzik di negara tersebut telah memberi peluang kepada
pelajar-pelajarnya mengembangkan skop pengetahun dan memahami kepelbagaian
muzik tempatan serta muzik dunia.
Isu tersebut sangat sesuai dengan negara kita yang
mempunyai pelbagai kaum. Dimana, dari
dulu lagi pendidikan
muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program
muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan sejarah muzik
klasikal barat. Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita
bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab
pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini menyebabkan sistem muzik selain daripada
muzik barat dipandang rendah dan dinggap tidak penting oleh golongan pendidik,
termasuk warisan muzik mereka sendiri.
Tetapi kedaan ini
tidaklah berterusan kerana golongan pendidik telah sedar tentang kepentingan
warisan muzik tempatan di negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural). Kesedaran ini telah mengorak
langkah untuk mengubahsuai kurikulum pendidikan muzik negara kita, dengan
memberi kepentingan kepada Muzik
Tradisional dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Iaitu,
Sukatan
pendidikan muzik sekolah menengah (2003) menyatakan, “2.3 PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL, ( 7 ) Pilihan sekolah
seperti Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel
Muzik India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan”.
Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan ,
sejauhmanakah matlamat kurikulum tersebut tercapai? Masih terdapat rakyat di negara kita yang
belum mengenal dan faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Terdapat
kekangan-kekangan tertentu untuk melaksanakan kehendak kurikulum yang tersebut
di atas. Terutamanya, guru-guru muzik di sekolah tidak cukup dengan bahan-bahan rujukan dan
kurang berpengetahuan dan kemahiran dalam mengajar alat-alat muzik tradisional
selain daripada gamelan, caklempong dan kompang.
Pengubahsuaian
sukatan tersebut hanya terhad untuk sekolah menengah sahaja. Ia patut bermula
dari sekolah rendah supaya generasi akan datang dapat mengembangkan skop pengetahun dan memahami
kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia. Ini kerana muzik
merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat
dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya.
Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus
diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di
Malaysia. Lebih-lebih lagi kekangan dalam pemahaman
setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni
dan muzik setiap kaum di negara kita.
Dengan
menyedari hakikat ini, kini banyak kajian, literatur, projek dan usaha dibuat
untuk mengisi kekosongan yang telah wujud dalam pendidikan muzik di negara
kita. Fakulti Muzik dan Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris
telah mengorak langkah untuk merealisasikan
objektif kurikulum tersebut. Universiti-universiti tempatan lain harus
mencontohi UPSI.
Tahniah Mister Ari long time no see...he3
ReplyDelete